FOREVER, syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia

PRODUK LEBAH


Forever Bee Honey
Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (Genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta digunakan oleh manusia. Masyarakat mengetahui bahawa madu sangat berguna bagi stamina tubuh dan dapat digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
Madu mempunyai pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh system tubuh badan manusia. Antaranya adalah vitamin A, B kompleks, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K. Madu juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, sulfur, karbon, magnesium, natrium, kalium, dan klorin. Kandungan zat dan vitamin ini membuatkan madu menjadi pilihan utama dalam menu makanan menyihatkan.
Madu sering diminum oleh golongan atlet dan mereka yang memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja. Ini kerana, madu dipercayai memberikan sumber tenaga segera yang diperlukan oleh system tubuh manusia. Madu mengandungi gula yang cepat diserap oleh system pencernaan dan juga berfungsi sebagai pengganti karbohidrat. Ia mudah diserasikan dan dikendalikan oleh buah pinggang.
Kajian menyatakan bahawa madu berkesan sebagai glukosa kerana adanya glycemic index yang rendah melambatkan proses penyerapan gula dalam darah. Keadaan ini akan lebih menyihatkan system pencernaan dan memastikan kertersediaan karbohidrat semasa bersenam.
Selain itu, madu juga menghasilkan hydrogen peroksida yang merupakan antiseptik luarbiasa. Ia mampu melindungi tubuh daripada kuman mahupun bakteria penyebab penyakit. Ini kerana proses osmosis di dalam madu berkeupayaan untuk membasmi bakteria.
Percaya atau tidak, madu mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawaskan sistem penghadaman sekaligus membantu melawaskan pembuangan air besar.  Ia tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman dan mampu diasimilasikan oleh tubuh dengan cepat dan mudah.
Disamping itu, madu juga banyak kegunaannya untuk aspek kecantikan diri. Antaranya adalah menghilangkan kotoran pada wajah, mencerahkan kulit, menghilangkan bekas jerawat, melambatkan penuaan, melembap dan menganjalkan kulit serta banyak lagi. Khasiat madu ini terlalu banyak bergantung kepada penggunaannya

Segala khasiat ini telah disatukan di dalam produk kami, FOREVER BEE LIVING. Madu yang digunakan adalah tulen, 100% madu mentah tidak diproses, ditapis mahupun dimasak. Mengandungi lebih 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim. Produk kami amat sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Oleh itu, pilihlah produk kami untuk kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sihat.


Forever Bee Pollen
Debunga lebah atau lebih dikenali sebagai ‘bee pollen’ adalah serbuk debunga yang dikumpul oleh lebah daripada benang sari bunga untuk dijadikan makanan oleh koloni lebah. ‘Bee pollen’ terhasil apabila serbuk sari bunga bergabung dengan nectar tumbuhan dan air liur lebah. Ia menjadi salah satu makanan semulajadi yang kaya dengan khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
Apakah yang terkandung di dalam ‘bee pollen’? Bee pollen kaya dengan asid amino, vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia. Antaranya, vitamin B12, E, B1,B2, B3, B5, C dan vitamin D. Selain itu, terdapat juga sejumlah mineral penting seperti kalsium, mangan, fosfor, zat besi, sodium, potassium, aluminium, magnesium, dan tembaga. Anti oksidan, karbohidrat, lemak asid, dan enzim-enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia juga terdapat di dalam ‘bee pollen’ ini.Tahukah anda kebaikan ‘bee pollen’ kepada manusia? Bee pollen dipercayai dapat mengurangkan rasa tidak selesa pada pesakit kanser yang menjalani rawatan terapi radiasi atau kemoterapi. Selain itu, bagi para atlet, pengambilan ‘bee pollen’ ini sangat bagus kerana dapat memberikan tenaga tambahan kepada mereka. Oleh itu, mereka tidak akan mengalami keletihan melampau sesudah berlatih atau bertanding.
Di samping itu, kadar kandungan gizi yang tinggi memberikan khasiat yang mampu menyegar dan meremajakan sel. Ia mampu memulih dan merawat kerosakan yang timbul disebabkan oleh kekurangan dan ketidakseimbangan zat gizi.
Bagi mereka yang mengalami alahan atau alergik, bee pollen sangat sesuai untuk anda. Mengapa? Debunga membantu mengurangkan alahan. Dr Leo Conway dari Denver Colorado, melaporkan bahawa 94% daripada pesakit yang mengamalkan Bee Pollen telah bebas dari gejala-gejala alahan setelah dirawat dengan memberi pesakit tersebut makan oral debunga. Semua masalah kesihatan yang berpunca dari alahan asma hingga ke masalah sinus telah dapat dipulihkan.Ini membuktikan bahawa debunga lebah adalah sangat berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
Selain vitamin yang sihat, mineral dan protein, debunga lebah juga mengandungi enzim yang boleh membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan. Kandungan enzim yang terdapat dalam Bee Pollen ini membantu badan kita untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dari makanan yang kita makan.
Debunga adalah baik untuk flora usus dan menyokong sistem imun badan. Debunga lebah mempunyai sifat antibiotik semulajadi yang boleh membantu melindungi badan kita daripada dijangkiti virus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel badan kita serangan radikal bebas.
Debunga lebah dipercayai mengandungi bioflavonoid antioksidan yang membantu menguatkan sistem kapilari, saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tahap kolesterol. Ia juga boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.
Berita baik bagi lelaki yang mengalami hiperplasia prostat benigna kerana boleh menarik nafas lega. Dengan menggunakan debunga lebah ia boleh membantu mengurangkan masalah keradangan pada prostat dan membantu masalah kerap buang air kecil. Bagi wanita pula, debunga lebah atau ‘bee pollen’ ini bertindak merangsang  dan mengembalikan fungsi ovari dan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Ia juga bertindak sebagai penggalak hormone
Terlalu banyak kebaikan debunga lebah ini bukan? Jadi, mereka yang menginginkan kesihatan tubuh badan, pengambilan ‘Forever Bee Pollen’ ini amatlah digalakkan.

Forever Bee Propolis
Apakah Propolis? Propolis berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud pelindung sarang, atau pelindung Bandar. Propolis adalah sejenis damar yang diambil oleh lebah daripada pucuk tumbuh-tumbuhan pada waktu pagi dan bercampur dengan lilin lebah, debunga dan air liur lebah. Lebah akan menyapukan propolis pada dinding dan kawasan dalaman sarang untuk memastikannya sentiasa berada dalam keadaan bersteril, iaitu bebas daripada sebarang kuman atau virus. Propolis juga merupakan bahan untuk membina , mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah. Propolis mengandungi semua jenis vitamin dan semua jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh kecuali vitamin K dan sulfur. Antibiotic yang terkandung dalam damar digunakan oleh lebah sebagai pelindung sarang dan seluruh koloni daripada serangan bacteria, virus dan kulat.
Apakah kebaikan propolis untuk manusia pula? Baiklah, ramuan utama yang terkandung dalam propolis adalah 34 jenis flavonoid, 15 jenis terpenes, lebih 20 jenis asid organic, 8 jenis enzim, 10 jenis kumpulan ester dan aldehid, 18 jenis asid amino, 20 jenis zat galian, pelbagai jenis vitamin, polisakarida dan lain-lain. Terlalu banyak kelebihan propolis, antaranya telah dibuktikan bahawa ia merupakan antibiotic semulajadi yakni antibakteria, virus dan kulat. Dengan mengamalkan pengambilan propolis ini diyakini dapat meningkatkan daya imuniti tubuh.
Selain itu, propolis berkhasiat sebagai antitoksin kerana dapat membersihkan sel-sel daripada pelbagai radikal bebas dan bahan yang tercemar bersifat racun bagi tubuh. Oleh itu, sel-sel tubuh mampu berfungsi dengan lebih baik. Dengan khasiat propolis ini, risiko untuk menghidap penyakit berbahaya seperti sakit jantung adalah rendah. Ini kerana ia juga berfungsi sebagai agen antioksidan yang membantu meningkatkan metabolisma tubuh.
Di samping itu, kehadiran unsur flavanoid di dalam propolis berkhasiat meningkatkan system kekebalan tubuh. Ia mampu menghilangkan zat asing di dalam tubuh seperti bacteria, sel kanser, tumor dan virus. Unik bukan? Ini adalah kelebihan bahan daripada alam semulajadi tanpa menggunakan pengawet dan tanpa melalui pemprosesan. Dengan mengamalkan propolis sebagai minuman atau makanan harian, kita dapat mengurangkan risiko menghidap demam, selesema, batuk dan lain-lain penyakit lagi terutamanya dengan keadaan sekarang yang berjerebu.

Berita baik bagi penghidap penyakit gangguan pernafasan seperti asthma, dengan mengamalkan propolis, anda mampu merawat penyakit itu. Ia juga sesuai untuk mereka yang menginginkan berat badan yang ideal. Vitamin dan mineral  yang terkandung di dalam propolis membantu melambatkan proses penuaan. Kulit anda akan kelihatan muda dan tegang.
Bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman, propolis adalah penyelesaian anda. Ini kerana ia mampu merawat dan menyembuhkan system penghadaman anda, membaikpulih system pencernaan dan menyempurnakan proses perkumuhan. Bahan semulajadi ini terbukti mempunyai banyak khasiat kepada kita. Ia merawat dari dalam dan menjadikan tubuh lebih sihat secara semulajadi. Menarik bukan?





Forever Royal Jelly
‘Royal Jelly’ adalah rembesan susu yang dihasilkan oleh lebah madu pekerja yang berkhasiat untuk dijadikan makanan larva dan juga ratu lebah. Rembesan menyerupai susu ini mengandungi kira-kira 60% hingga 70% air, 12% hingga 15% protein, 10% sehingga 16% gula, 3% hingga 6% lemak, dan 2% hingga 3% vitamin, garam dan asid amino. Kandungan vitamin dan zat ini berbeza bergantung kepada keadaan geografi dan cuaca. Gabungan kesemua khasiat ini menjadikan ‘Royal Jelly’ ini sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia.
Dari segi kesihatan dan perubatan, ‘Royal Jelly’ mampu mengembalikan tenaga, kekuatan dan meningkatkan daya hidup (system imunisasi). Ia mampu membantu menyihatkan organ dalaman dan fungsi-fungsi badan. Kehadiran sumber vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat ini membantu merawat masalah keletihan melampau, tubuh badan yang lemah, selain meningkatkan daya ketahanan tubuh. Bagi mereka yang mempunyai masalah anoreksia, pengambilan ‘Royal Jelly’ ini mampu membantu menambahkan selera makan. Ia juga sangat bagus untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi golongan atlet pula, pengambilan ‘Royal Jelly’ mampu meningkatkan ketahanan semasa bersukan dan mengurangkan masalah ketidakupayaan. Ia mampu juga mengimbangi horman di dalam tubuh tidak kiralah anda lelaki mahupun perempuan, ‘Royal Jelly’ sangat sesuai untuk anda.
Disamping itu, ‘Royal Jelly’ mampu mengimbangkan keletihan memori dan otak setelah penat bekerja dan belajar. Pengambilan ‘Royal Jelly ini mampu membantu meningkatkan konsentrasi semasa belajar mahupun semasa bekerja, memberi ketenangan kepada fikiran dan meningkatkan daya intelektual. Ia mampu mengimbangkan system saraf dan meningkatkan daya ingatan. Ia turut membantu mengurangkan tekanan (stress) dan melenakan tidur pada malam hari bagi mereka yang mengalami insomnia. Sindrom tinnitus iaitu bunyi di dalam telinga dapat dikurangkan. Ia mampu mengembalikan keinginan untuk meneruskan kehidupan, dan meningkatkan keinginan untuk menjebakkan diri dalam gaya hidup yang aktif. Ia mampu melancarkan tekanan darah bagi mengatasi tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi. Ia juga mampu menyelesaikan masalah selera makan dan membantu menyelesaikan masalah penghadaman.

Selain itu, dengan pengambilan ‘Royal Jelly’ ini, ia mampu menjadi pertahanan pada tubuh badan kerana keupayaannya sebagai peningkat antibody badan adalah sangat diyakini. Bagi para wanita yang ingin kelihatan cantik, pengambilannya sangat disyorkan kerana ia mempunyai antioksidan yang tinggi membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan melambatkan proses penuaan. Ia juga mengandungi kandungan antibiotic semulajadi, antibakteria, dan mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit. Ia mampu melingdungi dengan berkesan terhadap penyakit dan luka luaran selain mampu merawat selesema (flu), selesema burung (H1N1), demam, sakit tekak, ulser, tonsil, kahak dan sebagainya. Ia mampu juga merawat keadaan pernafasan yang kronik dan untuk mereka yang gerund dengan penyakit kanser, inilah penyelesaiannya kerana ‘Royal Jelly’ mampu mengurangkan risiko sel kanser. Kehadiran kolestrol yang tidak baik untuk kesihatan juga dapat ditangani.

Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit, ‘Royal Jelly’ mampu merawat masalah yang berlaku pada kulit anda. Ia mampu menangani eczema, kulit kering, bulu roma pada muka, dan jerawat. Setelah pengambilannya, anda akan mendapati kulit anda akan semakin anjal dan bersih berseri. Malah kuku anda tidak lagi rapuh dan rambut juga akan kembali sihat bermaya. Penyakit tulang reput (osteoporosis) kerana kekurangan kalsium juga dapat dirawat.


Menarik bukan? Terlalu banyak khasiat yang dimiliki oleh ‘Royal Jelly’ ini. Bagaimana untuk mendapatkan bahan berkhasiat ini tanpa perlu mencari sarang lebah? Senang saja, dapatkan produk ‘Forever Royal Jelly’ ini daripada kami. Produk ini tidak menjalani proses yang mampu menghilangkan khasiatnya malahan ia adalah 100% tulen. Inginkan kesihatan yang berkekalan? Dapatkan produk ini sekarang.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYA3zBB8bvhnW3hwD7x-s93grKVwUzupmxrlHqUTpjjnGftg/viewform


Translate

alwaleedforever.blogspot.com

alwaleedforever.blogspot.com

CALL/SMS/WHATSAPP

local and international

Pn. Azlina Khalid
017-342 35 22
010-890 85 30

SILA AMBIL PERHATIAN

Produk ini tidak dijual di mana-mana kedai/farmasi.

PENAFIAN: Semua Maklumat Produk diambil dari www.foreverliving.com. Kenyataan yang terkandung di dalam ini belum dinilai oleh FDA. Produk-produk yang dibincangkan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit tertentu atau golongan penyakit.

* Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

** Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Anda perlu mendapat nasihat doktor jika anda mengalami masalah perubatan.

Keseluruhan maklumat yang diberikan di atas adalah seperti pemahaman tunggal saya dan dicipta oleh saya sendiri atau diambil dari sumber-sumber lain di Internet, buku dan lain-lain sila baca artikel dan buku nutrisi dari syarikat atau menghadiri seminar syarikat untuk mendapatkan maklumat terkini.
Diberdayakan oleh Blogger.

Theme Support