FOREVER BEE PROPOLIS
Khasiat:
* Propolis adalah bahan pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan-bahan semulajadi lain yang diperolehi dari sekitan mereka. Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin, galian dan enzim. Forever Bee Propolis adalah diperkayakan dengan jeli raja.
* Mengandungi 22 jenis asid amino, Vitamin B-Kompleks boleh membantu menggalakkan sistem imun, mempertingkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Harga:
RM 112
Apakah kebaikan propolis untuk manusia pula? Baiklah, ramuan utama yang terkandung dalam propolis adalah 34 jenis flavonoid, 15 jenis terpenes, lebih 20 jenis asid organic, 8 jenis enzim, 10 jenis kumpulan ester dan aldehid, 18 jenis asid amino, 20 jenis zat galian, pelbagai jenis vitamin, polisakarida dan lain-lain. Terlalu banyak kelebihan propolis, antaranya telah dibuktikan bahawa ia merupakan antibiotic semulajadi yakni antibakteria, virus dan kulat. Dengan mengamalkan pengambilan propolis ini diyakini dapat meningkatkan daya imuniti tubuh.
Apakah Propolis? Propolis berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud pelindung sarang, atau pelindung Bandar. Propolis adalah sejenis damar yang diambil oleh lebah daripada pucuk tumbuh-tumbuhan pada waktu pagi dan bercampur dengan lilin lebah, debunga dan air liur lebah. Lebah akan menyapukan propolis pada dinding dan kawasan dalaman sarang untuk memastikannya sentiasa berada dalam keadaan bersteril, iaitu bebas daripada sebarang kuman atau virus. Propolis juga merupakan bahan untuk membina , mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah. Propolis mengandungi semua jenis vitamin dan semua jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh kecuali vitamin K dan sulfur. Antibiotic yang terkandung dalam damar digunakan oleh lebah sebagai pelindung sarang dan seluruh koloni daripada serangan bacteria, virus dan kulat.

Selain itu, propolis berkhasiat sebagai antitoksin kerana dapat membersihkan sel-sel daripada pelbagai radikal bebas dan bahan yang tercemar bersifat racun bagi tubuh. Oleh itu, sel-sel tubuh mampu berfungsi dengan lebih baik. Dengan khasiat propolis ini, risiko untuk menghidap penyakit berbahaya seperti sakit jantung adalah rendah. Ini kerana ia juga berfungsi sebagai agen antioksidan yang membantu meningkatkan metabolisma tubuh.
Di samping itu, kehadiran unsur flavanoid di dalam propolis berkhasiat meningkatkan system kekebalan tubuh. Ia mampu menghilangkan zat asing di dalam tubuh seperti bacteria, sel kanser, tumor dan virus. Unik bukan? Ini adalah kelebihan bahan daripada alam semulajadi tanpa menggunakan pengawet dan tanpa melalui pemprosesan. Dengan mengamalkan propolis sebagai minuman atau makanan harian, kita dapat mengurangkan risiko menghidap demam, selesema, batuk dan lain-lain penyakit lagi terutamanya dengan keadaan sekarang yang berjerebu.
Berita baik bagi penghidap penyakit gangguan pernafasan seperti asthma, dengan mengamalkan propolis, anda mampu merawat penyakit itu. Ia juga sesuai untuk mereka yang menginginkan berat badan yang ideal. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam propolis membantu melambatkan proses penuaan. Kulit anda akan kelihatan muda dan tegang.
Bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman, propolis adalah penyelesaian anda. Ini kerana ia mampu merawat dan menyembuhkan system penghadaman anda, membaikpulih system pencernaan dan menyempurnakan proses perkumuhan. Bahan semulajadi ini terbukti mempunyai banyak khasiat kepada kita. Ia merawat dari dalam dan menjadikan tubuh lebih sihat secara semulajadi. Menarik bukan?