Lambang Pengiktirafan IASC
Lambang pengiktirafan majlis International Aloe Science Council (IASC) ialah tanda kualiti bagi produk Aloe Vera kerana ia adalah badan bebas tunggal yang diiktiraf untuk mengesahkan ketulenan Aloe Vera. Bukan sahaja semua produk Aloe Vera FOREVER membawa lambang tersebut, malah FOREVER mempunyai bilangan produk yang terbanyak sekali yang diiktirafkan oleh majlis tersebut, dan produk-produk FOREVER jugalah yang pertama sekali memperolehi pengiktirafan majlis tersebut pada tahun 1986. Fakta ini dengan sendirinya sudah cukup jelas menunjukkan ketulenan dan kualiti produk-produk FOREVER serta memperkukuhkan lagi kedudukan FOREVER sebagai pemimpin dunia bagi Aloe Vera. Di samping itu, FOREVER juga telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan:
Untuk itu, kami menjemput anda meneroka halaman-halaman berikut untuk menemui sebuah dunia produk-produk kesihatan dan kecantikan dengan kualiti dan kecemerlangan yang tiada bandingannya!
FAKTA ALOE VERA/LIDAH BUAYA
Dikenali sebagai "Tongkat Sakti Syurga" oleh orang Asli Amerika dan dipanggil "Doktor Dalam Pasu" oleh penjelajah agung Christopher Columbus, Aloe Vera ataupun Lidah Buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti 'tumbuhan ajaib' dan 'mata air yang mempermudahkan'. Lidah Buaya ialah sejenis tumbuhan yang telah digunakan untuk kesihatan dan kecantikan seawal 4,000 tahun dahulu. Ratu Mesir Cleopatra yang hidup lebih kurang 2,000 tahun dahulu adalah dikatakan menggunakan Lidah Buaya dalam rejim kecantikannya setiap hari untuk menjaga keremajaan kulitnya serta mengekalkan kecantikannya.
Ratu Mesir purba, Cleopatra dikatakan seirng menggunakan Aloe Vera untuk kecantikan kulitnya. Dia dikatakan sentiasa menyapu kulitnya dengan gel aloe malahan mandi di dalam perahan aloe selain susu. Itu antara rahsia terbesar bagi kecantikannya.
Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan gurun dengan KEUPAYAAN yang MENABJUBKANuntuk menyerap dan memulihkan lembapan. Ia mengandungi lebih 200 jenis bahan yang dapat menggalakkan pertumbuhan KULIT dan RAMBUT yang kelihatan muda terserlah.
- Membekalkan dan mengembalikan lembapan pada kulit dan rambut.
- 'Memandikan' sel-sel kulit dan membantu menggalakkan penjanan semulajadi kulit.
- Membantu mengecilkan pori-pori kulit.
- Ramuan yang baik untuk membersih dan menyegarkan kulit.
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan adalah PENYEBAB UTAMA bagi kebanyakan penyakit dan penuaan pramasa. Proses DETOKSIFIKASI secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Perlu diingat, PROSES DETOKSIFIKASI seharusnya BERTERUSAN kerana dari masa ke semasa kita akan sentiasa makan dan minum, sering terdedah dengan pencemaran, stress dan sebagainya. Walaupon mungkin kita yakin masalah kesihatan kita sudah diatasi, berat badan ideal sudah dicapai, kita masih perlu berhati-hati kerana 'MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT '.
Dalam dunia moden hari ini, kegunaan Lidah Buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka. Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa Lidah buaya boleh membawa lebih banyak manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka.
Bukti yang telah dikumpulkan daripada perakuan pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan Lidah Buaya dan eksperimen makmal mencadangkan bahawa Lidah Buaya boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.
Analisa makmal mendapati gel Aloe Vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai memberikan Aloe Vera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan luka dan perangsang imunnya yang menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.