Clean-9 (dengan Perisa Coklat)
RM 598.50
Clean 9 Detox Diet – Apakah ia dan bagaimana ia berfungsi dengan berkesan
Program diet yang menjanjikan penurunan berat badan dengan cepat memang selalu menjadi perhatian ramai. Walau bagaimanapun, ramai orang yang mencuba program-program sebegini tidak dapat menjaga berat badan. Berat badan mereka akan kembali ke asal dengan cepat selepas program tamat.
Clean 9 adalah program detox dan diet selama 9 hari yang dirangka khas untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat, selamat dan tiada tindakan berbalik yang pantas. Ramai orang telah mengalami penurunan berat badan pada hari ke-9 – sehingga ke 5kg!
Pelan diet Clean-9 adalah rendah kalori yang memberi tumpuan kepada penggunaan minuman dan makanan tambahan sebagai ganti kepada hidangan dan makanan yang biasa dimakan. Program diet Clean 9 membantu menyingkirkan toksin, lemak dan kolestrol daripada badan anda dan membuat anda berasa lebih ringan, kelihatan lebih baik dan yang utama; membantu anda menurunkan berat badan dalam masa sembilan hari!

Ramai orang berhenti sekerat jalan bila menjalani program diet kerana mereka perlu merancang dan mendapatkan makanan diet mereka sendiri. Susah untuk membeli bahan-bahan makanan mentah yang disenaraikan dalam jadual diet dan bertambah susah lagi apabila terpaksa memasaknya sendiri.
Hal ini lebih mudah dengan Clean 9 kerana hampir kesemuanya telah disediakan sebagai gantian kepada makanan kebiasaan anda. Dan ingatlah, tujuan utama anda adalah menyingkirkan toksin, lemak dan kolestrol daripada badan anda untuk menjadi lebih kurus – jika anda masih mengamalkan cara dan tabiat makanan anda yang biasa, tidaklah wajar disebut anda berdiet (betul tak?)
Kandungan Clean 9 (untuk pasaran Malaysia) adalah seperti berikut : -
i) 3 x Forever Aloe Vera Gel
ii) 1 x Forever Lite Ultra dengan Aminotein (perisa coklat)
iii) 1 x Forever Bee Pollen
iv) 1 x Forever Arctic-Sea
v) Buku panduan Clean 9
(Nota: Gambar yang dipaparkan mungkin sedikit berbeza daripada kandungan produk yang disenaraikan kerana terdapat sedikit perbezaan mengikut negara-negara yang dipasarkan. Bekas 'shaker' tidak disediakan)
Musuh utama anda ketika anda menjalani program Clean 9 adalah melawan pemikiran anda yang masih mahu mengunyah makanan walaupun Clean 9 telah membekalkan khasiat yang cukup untuk tubuh anda seharian. Jangan bimbang kerana anda bebas untuk mengunyah makanan seperti yang berikut :
a) Buah-buahan segar seperti : -
Aprikot, Epal, Beri hitam , Blueberry, Ceri, Anggur merah atau ungu, Limau gedang, Buah kiwi, Oren, Pic, Pear, Plum, Prun, Raspberi, Strawberi.
b) Juga sayur-sayuran (dimakan terus / disediakan tanpa garam dan minyak)
Asparagus, Bayam, Brokoli, Kobis, Bunga Kobis, Saderi, Timun, Terung, Daun Bawang, Kale, Daun Salad (semua jenis), Cili dan Kapsikum Peppers (semua jenis), Kacang Sepat, Kacang soya, Kacang Buncis, Karot, Tomato.
Asparagus, Bayam, Brokoli, Kobis, Bunga Kobis, Saderi, Timun, Terung, Daun Bawang, Kale, Daun Salad (semua jenis), Cili dan Kapsikum Peppers (semua jenis), Kacang Sepat, Kacang soya, Kacang Buncis, Karot, Tomato.
Kesimpulannya, jika anda mengikuti program Clean 9 sepenuhnya, anda akan kehilangan berat badan dalam jangka pendek. Selepas 9 hari, anda sendiri seharusnya bermotivasi untuk mengekalkan cara hidup yang sihat untuk mengekalkan penurunan berat badan anda. Anda juga boleh buat pilihan untuk teruskan ke program FIT 1 jika mahu.
Tambahan:
Juga sesuai diamalkan sebagai rawatan intensif untuk mengawal kolestrol, darah tinggi, diabetes, jantung dan buah pinggang.
* Ini adalah produk makanan kesihatan dan bukan ubat farmasi. Kesan-kesan penyembuhan yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan testimoni pengguna dan bukan kajian makmal perubatan.