FOREVER,
syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia, telah ditubuhkan di AS pada tahun 1978 oleh Rex Maughan. Ia adalah nama yang anda boleh YAKINI untuk membawa khasiat alam semulajadi yang amat mengagumkan ini kepada anda.
syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia, telah ditubuhkan di AS pada tahun 1978 oleh Rex Maughan. Ia adalah nama yang anda boleh YAKINI untuk membawa khasiat alam semulajadi yang amat mengagumkan ini kepada anda.
Sebuah syarikat antarabangsa dengan jualan tahunan dalam julat bilion dolar Amerika, FOREVER LIVING PRODUCTS (FOREVER) ialah penanam, pengilang dan pengedar Aloe Vera yang terbesar di dunia. Sejak memperkenalkan produk Aloe Vera (Lidah Buaya) keluarannya di AS pada 1978, Aloe Vera FOREVER telah mencapai berjuta-juta pengguna di lebih daripada 120 buah negara.
Disamping menawarkan serangkaian produk kesihatan, pemakanan, kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, FOREVER juga menawarkan satu peluang perniagaan yang amat unik kepada orang ramai untuk mencapai kebebasan kewangan melalui program pemasaran berpasukannya yang telah menarik penyertaan lebih daripada 8.5 juta orang rakan perniagaan di serata dunia.
Produk Aloe Vera FOREVER diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1983. Produk utama FOREVER iaitu minuman Gel Aloe Vera yang distabilkan 100% bukan sahaja merupakan produk FOREVER yang paling laris di Malaysia tetapi ia juga adalah antara produk-produk kesihatan yang paling laris jualannya di seluruh dunia. Walaupun terdapat banyak jenama Aloe Vera yang lain dalam pasaran, FOREVER amat berbangga bahawa ia merupakan pemimpin yang tidak tercabar bagi Aloe Vera.
APAKAH YANG MEMBUAT JENAMA FOREVER LEBIH POPULAR BERBANDING DENGAN JENAMA-JENAMA LAIN?
Kualiti Yang Terbaik
Satu perkara yang menampilkan FOREVER ke depan ialah komitmennya untuk hanya mengeluarkan produk-produk yang berkualiti paling tinggi. Dari ladang pemprosesan dan pengilangan sehingga ke pengedaran, FOREVER melaksanakan sistem pengawalan kualiti yang ketat untuk menentukan bahawa kualiti produk sampai ke tangan pengguna adalah yang terbaik. kemujaraban dan potensi Aloe Vera adalah dikekalkan pada tahap maksima melalui langkah-langkah seperti perladangan secara organik 100% tanpa penggunaan sebarang racun perosak ataupun baja kimia, pemprosesan dengan menggunakan proses penstabilan yang berpaten, persekitaran pengilangan yang bersih dan sistem kawalan kualiti yang ketat.
Bahan-Bahan Kandungan
Tidak seperti kebanyakan jenama lain yang hanya mengandungi beberapa titis Aloe Vera sahaja dalam produk-produk mereka, Aloe Vera pastinya kandungan utama dalam semua produk Aloe Vera keluaran FOREVER. Walaupun terdapat lebih daripada 300 spesis Lidah Buaya, hanya 5 jenis sahaja yang diketahui mempunyai sifat-sifat yang bermanfaat untuk kegunaan manusia dan 5 jenis tersebut yang didapati paling mujarab ialah spesisBarbadensis Miller. Untuk menjaminkan bahawa hanya yang terbaik sahaja yang digunakan dalam produknya, FOREVER hanya menanam spesis ini dan hanya menuai dan menggunakan daun-daun yang cukup matang, justeru itu paling tinggi potensinya.