FOREVER, syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia

FOREVER

SIAPA KAMI?


FOREVER,
syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia, telah ditubuhkan di AS pada tahun 1978 oleh Rex Maughan. Ia adalah nama yang anda boleh YAKINI untuk membawa khasiat alam semulajadi yang amat mengagumkan ini kepada anda.



Sebuah syarikat antarabangsa dengan jualan tahunan dalam julat bilion dolar Amerika, FOREVER LIVING PRODUCTS (FOREVER) ialah penanam, pengilang dan pengedar Aloe Vera yang terbesar di dunia. Sejak memperkenalkan produk Aloe Vera (Lidah Buaya) keluarannya di AS pada 1978, Aloe Vera FOREVER telah mencapai berjuta-juta pengguna di lebih daripada 120 buah negara.
Disamping menawarkan serangkaian produk kesihatan, pemakanan, kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, FOREVER juga menawarkan satu peluang perniagaan yang amat unik kepada orang ramai untuk mencapai kebebasan kewangan melalui program pemasaran berpasukannya yang telah menarik penyertaan lebih daripada 8.5 juta orang rakan perniagaan di serata dunia.


Produk Aloe Vera FOREVER diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1983. Produk utama FOREVER iaitu minuman Gel Aloe Vera yang distabilkan 100% bukan sahaja merupakan produk FOREVER yang paling laris di Malaysia tetapi ia juga adalah antara produk-produk kesihatan yang paling laris jualannya di seluruh dunia. Walaupun terdapat banyak jenama Aloe Vera yang lain dalam pasaran, FOREVER amat berbangga bahawa ia merupakan pemimpin yang tidak tercabar bagi Aloe Vera.


APAKAH YANG MEMBUAT JENAMA FOREVER LEBIH POPULAR BERBANDING DENGAN JENAMA-JENAMA LAIN?





Kualiti Yang Terbaik


Satu perkara yang menampilkan FOREVER ke depan ialah komitmennya untuk hanya mengeluarkan produk-produk yang berkualiti paling tinggi. Dari ladang pemprosesan dan pengilangan sehingga ke pengedaran, FOREVER melaksanakan sistem pengawalan kualiti yang ketat untuk menentukan bahawa kualiti produk sampai ke tangan pengguna adalah yang terbaik. kemujaraban dan potensi Aloe Vera adalah dikekalkan pada tahap maksima melalui langkah-langkah seperti perladangan secara organik 100% tanpa penggunaan sebarang racun perosak ataupun baja kimia, pemprosesan dengan menggunakan proses penstabilan yang berpaten, persekitaran pengilangan yang bersih dan sistem kawalan kualiti yang ketat.


Bahan-Bahan Kandungan

Tidak seperti kebanyakan jenama lain yang hanya mengandungi beberapa titis Aloe Vera sahaja dalam produk-produk mereka, Aloe Vera pastinya kandungan utama dalam semua produk Aloe Vera keluaran FOREVER. Walaupun terdapat lebih daripada 300 spesis Lidah Buaya, hanya 5 jenis sahaja yang diketahui mempunyai sifat-sifat yang bermanfaat untuk kegunaan manusia dan 5 jenis tersebut yang didapati paling mujarab ialah spesisBarbadensis Miller. Untuk menjaminkan bahawa hanya yang terbaik sahaja yang digunakan dalam produknya, FOREVER hanya menanam spesis ini dan hanya menuai dan menggunakan daun-daun yang cukup matang, justeru itu paling tinggi potensinya.





Share:

Pengiktirafan

Lambang Pengiktirafan IASC

Lambang pengiktirafan majlis International Aloe Science Council (IASC) ialah tanda kualiti bagi produk Aloe Vera kerana ia adalah badan bebas tunggal yang diiktiraf untuk mengesahkan ketulenan Aloe Vera. Bukan sahaja semua produk Aloe Vera FOREVER membawa lambang tersebut, malah FOREVER mempunyai bilangan produk yang terbanyak sekali yang diiktirafkan oleh majlis tersebut, dan produk-produk FOREVER jugalah yang pertama sekali memperolehi pengiktirafan majlis tersebut pada tahun 1986. Fakta ini dengan sendirinya sudah cukup jelas menunjukkan ketulenan dan kualiti produk-produk FOREVER serta memperkukuhkan lagi kedudukan FOREVER sebagai pemimpin dunia bagi Aloe Vera. Di samping itu, FOREVER juga telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan:




Untuk itu, kami menjemput anda meneroka halaman-halaman berikut untuk menemui sebuah dunia produk-produk kesihatan dan kecantikan dengan kualiti dan kecemerlangan yang tiada bandingannya!


FAKTA ALOE VERA/LIDAH BUAYA 

Dikenali sebagai "Tongkat Sakti Syurga" oleh orang Asli Amerika dan dipanggil "Doktor Dalam Pasu" oleh penjelajah agung Christopher Columbus, Aloe Vera ataupun Lidah Buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti 'tumbuhan ajaib' dan 'mata air yang mempermudahkan'. Lidah Buaya ialah sejenis tumbuhan yang telah digunakan untuk kesihatan dan kecantikan seawal 4,000 tahun dahulu. Ratu Mesir Cleopatra yang hidup lebih kurang 2,000 tahun dahulu adalah dikatakan menggunakan Lidah Buaya dalam rejim kecantikannya setiap hari untuk menjaga keremajaan kulitnya serta mengekalkan kecantikannya.
Ratu Mesir purba, Cleopatra dikatakan seirng menggunakan Aloe Vera untuk kecantikan kulitnya. Dia dikatakan sentiasa menyapu kulitnya dengan gel aloe malahan mandi di dalam perahan aloe selain susu. Itu antara rahsia terbesar bagi kecantikannya.


Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan gurun dengan KEUPAYAAN yang MENABJUBKANuntuk menyerap dan memulihkan lembapan. Ia mengandungi lebih 200 jenis bahan yang dapat menggalakkan pertumbuhan KULIT dan RAMBUT yang  kelihatan muda terserlah.


- Membekalkan dan mengembalikan lembapan pada kulit dan rambut.
- 'Memandikan' sel-sel kulit dan membantu menggalakkan penjanan semulajadi kulit.
- Membantu mengecilkan pori-pori kulit.
- Ramuan yang baik untuk membersih dan menyegarkan kulit.


Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan adalah PENYEBAB UTAMA bagi kebanyakan penyakit dan penuaan pramasa. Proses DETOKSIFIKASI secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Perlu diingat, PROSES DETOKSIFIKASI seharusnya BERTERUSAN kerana dari masa ke semasa kita akan sentiasa makan dan minum, sering terdedah dengan pencemaran, stress dan sebagainya. Walaupon mungkin kita yakin masalah kesihatan kita sudah diatasi, berat badan ideal sudah dicapai, kita masih perlu berhati-hati kerana 'MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT '.


Dalam dunia moden hari ini, kegunaan Lidah Buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka. Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa Lidah buaya boleh membawa lebih banyak manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka.


Bukti yang telah dikumpulkan daripada perakuan pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan Lidah Buaya dan eksperimen makmal mencadangkan bahawa Lidah Buaya boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.


Analisa makmal mendapati gel Aloe Vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai memberikan Aloe Vera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan luka dan perangsang imunnya yang menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.





Share:

Fakta

LIDAH BUAYA KAYA DENGAN...


Lignin - boleh membawa nutrien dan komponen-komponen bermanfaat jauh ke dalam kulit untuk menyuburkan kulit dan untuk menyingkirkan kotoran serta toksin-toksin.

Saponins - sejenis agen pembersih semulajadi yang membersihkan kulit dengan lembut dan menguatkan pertahanan semulajadi kulit terhadap mikrob.


Asid-asid Amino - menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel-sel kulit.



Kompleks Antrakuinon, vitamin-vitamin dan pelbagai bahan yang baik untuk kulit - melindungi kulit, memudahkan pembaikan dan pembaharuan sel-sel, serta menyediakan manfaat sifat-sifat penenang dan anti keradangan.



Usus Kotor PENYEBAB Kebanyakan Penyakit Merbahaya



Percaya atau tidak, usus yang KOTOR memang menjadi PUNCA untuk kebanyakanPENYAKIT. Jika dinding usus diselaputi dengan kotoran atau kerak-kerak reputan, bagaimana mungkin NUTRIEN yang kita ambil akan diserap oleh badan??...Segala nutrien yang kita ambil sebahagian besarnya akan dikeluarkan semula.


Semakin lama, kerak-kerak reputan tersebut semakin banyak dan menebal. Bayangkan kotoran umpama najis yang banyak memenuhi usus kita. Jadi tidak hairan jika masalah-masalah kesihatan yang kita alami tidak pernah SURUT walaupon menelan pelbagai jenis pil dan vitamin.




Masalah Berkaitan Dengan Usus Kotor


                    Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-

                        ~ Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah

                        ~ Sembelit atau cirit-birit yang kerap
                        ~ Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
                        ~ Kuku dan rambut yang rapuh
                        ~ Badan dan nafas berbau
                        ~ Sering sakit kepala
                        ~ Sakit leher , bahu , sendi dan otot
                        ~ Peredaran darah yang lemah serta tangan atau kaki sejuk
                        ~ Imsomnia atau masalah tidur
                        ~ Meradang dan kemurungan
                        ~ Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid\
                        ~ Berat badan dan pembendungan air dalam badan
                        ~ Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
                        ~ Alergi dan pengidaman makanan
                        ~ Peningkatan tekanan darah
                        ~ Kurang tenaga syahwat.


Share:

Translate

alwaleedforever.blogspot.com

alwaleedforever.blogspot.com

CALL/SMS/WHATSAPP

local and international

Pn. Azlina Khalid
017-342 35 22
010-890 85 30

SILA AMBIL PERHATIAN

Produk ini tidak dijual di mana-mana kedai/farmasi.

PENAFIAN: Semua Maklumat Produk diambil dari www.foreverliving.com. Kenyataan yang terkandung di dalam ini belum dinilai oleh FDA. Produk-produk yang dibincangkan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit tertentu atau golongan penyakit.

* Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

** Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Anda perlu mendapat nasihat doktor jika anda mengalami masalah perubatan.

Keseluruhan maklumat yang diberikan di atas adalah seperti pemahaman tunggal saya dan dicipta oleh saya sendiri atau diambil dari sumber-sumber lain di Internet, buku dan lain-lain sila baca artikel dan buku nutrisi dari syarikat atau menghadiri seminar syarikat untuk mendapatkan maklumat terkini.
Diberdayakan oleh Blogger.

Theme Support